Dr. Mahathir Berdialog Dengan Rakyat Malaysia di London

0
329
Mahathir hadiri dialog bersama rakyat Malaysia di London, 2018

LONDON –  Pada ahad yang lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghadiri sesi dialog bersama hampir 200 rakyat Malaysia yang diadakan di United Kingdom. Tun Mahathir juga telah menyentuh isu dalaman Malaysia yang sedang bergolak kerana kerajaan lama yang tidak telus.

Tun Mahathir telah menjelaskan bahawa kerajaan sekarang sedang memfokuskan proses memulihkan negara terhadap pentadbiran dan kedudukan kewangan negara yang dibelenggu hutang besar.

Di samping itu, Malaysia telah hilang kuasa di tempatnya sendiri. Menurut beliau, kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 kerana sokongan rakyat yang mahu menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang tidak sama sekali memberi tumpuan kepada kebaikan negara dan pembangunan negara serta masalah rakyat yang tertekan dengan isu kos sara hidup. Selain itu, jentera pentadbiran Malaysia juga telah dirosakkan dengan korup serta terlibat dalam rasuah daripada peringkat tertinggi hingga rendah.

Tambahnya lagi dengan berkata, “Kesetiaan mereka bukan kepada pemerintah tetapi pada parti yang memerintah,” Perdana Menteri turut menyentuh mengenai kedudukan kewangan negara yang sedang menanggung hutang negara yang amat besar. Kemungkinan pihak kerajaan akan menjual asset-aset bagi menampung segala hutang negara.

Kerajaan terdahulu telah berhutang sebanyak RM1 trillion dan perlu diselesaikan untuk mengelakan negara kita jatuh bankrap.

“Kita kehilangan wang yang dihutang, kita tidak tahu di mana ia (wang) pergi, jadi kita tidak ada wang untuk bayar hutang,” katanya.

Dari segi bajet kita juga akan berlaku deficit sekiranya wang tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan kerajaa untuk pentadbiran dan pembangunan termasuk biasiswa untuk penuntut.

Menurut Tun Mahathir, kerajaan masih banyak lagi perlu diatur dan memerlukan masa yang lama. Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan kepada pelajar di United Kingdom agar mempercepatkan proses pengajian seperti Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein kerana beliau antara contoh pelajar yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dalam tempoh dua tahun berbanding tiga tahun kebiasaannya.

“Kalau boleh kurangkan masa supaya boleh balik dan berkhidmat,” katanya sambil menerima tepukan hadirin-hadirat.

Oleh: Akmal Azlan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here