More
    Home Sarawak Bintulu Belia Bintulu miliki potensi jadi jurulatih kecergasan bertauliah

    Belia Bintulu miliki potensi jadi jurulatih kecergasan bertauliah

    BINTULU, 19 OKTOBER 2020 (SNN) : Bahagian Bintulu mempunyai belia yang berpotensi untuk diangkat menjadi jurulatih bertauliah setaraf peringkat kebangsaan.

    Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talip Zulpilip berkata, mereka memiliki bakat dan kemahiran yang berpotensi untuk menggalakkan mereka mewakili Sarawak di peringkat kebangsaan nanti.

    “Seusai kursus ini, mereka akan terus diberi latihan agar dapat melaksanakan latihan kecergasan berpandukan garis panduan keselamatan latihan fizikal Institut Sukan Negara (ISN).

    “Program ini turut menambah pengetahuan serta kaedah dalam melaksanakan sesuatu latihan dengan berpandukan kemahiran yang diikuti,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Jurulatih Kecergasan Siri 4, Bahagian Bintulu di Dewan Suarah, pada Jumaat.

    Sesi menyampaikan sijil penyertaan kepada setiap peserta kursus

    Ujarnya, beliau menasihati agar setiap peserta berusaha menjadi jurulatih yang memiliki sifat itegriti sepertimana yang dituntut dalam setiap agama.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...