Serba Dinamik Dapat Lima Kontrak Bernilai RM682.81 juta

0
59
Serba Dinamik Holdings Bhd

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2019 (SNN): Serba Dinamik Holdings Bhd, menerusi anak syarikat milik penuh Serba Dinamik International Ltd (SDIL) dan Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB), mendapat lima kontrak dengan anggaran nilai gabungan sebanyak RM682.81 juta.

SDIL mendapat kontrak pengoperasian serta penyelenggaraan (O&M) daripada Revenue International LLC bagi tujuan membaiki, baik pulih dan penyelenggaraan pam, kompresor termasuk lain-lain peralatan berputar dengan tenaga kerja serta alat ganti mulai 14 Ogos 2019 hingga 13 Ogos 2022.

SDSB pula mendapat dua kontrak O&M dan dua kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan serta pentauliahan daripada State Concern Turkmengas bagi penghantaran peralatan tambahan serta automasi untuk saluran paip gas sepanjang 214 kilometer dari 13 September 2019 sehingga kerja selesai.

Serba Dinamik berkata, kontrak itu dijangka akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Sumber : The Edge, NST

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here