Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam UNIMAS International Regatta 2019 Bermula Esok

0
131
Latihan dari pasukan-pasukan yang bertanding telah bermula sejak minggu ini lagi.

KOTA SAMARAHAN, 18 Oktober 2019 (SNN) : Empat (4) Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk IPT dari negara Brunei dan Indonesia dan dua lagi IPT tempatan akan berentap untuk menyaingi satu sama lain bagi merebut gelaran juara dalam Kategori Perahu Naga sempena UNIMAS International Regatta 2019 yang akan bermula esok hari.

Antara IPT yang menyertai kategori perahu naga ialah pasukan dari Universiti Brunei Darussalam (Brunei), Universiti Tanjung Pura (Indonesia), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak.

Manakala acara kayak terbuka bakal menyaksikan kayuhan padu daripada peserta-peserta dari pasukan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL), Sarawak Sports Corporation (SSC) dan orang perseorangan.

Dalam kejohanan ini, beberapa kategori dipertandingkan iaitu kategori Perahu Naga Lelaki IPT (12 pekayuh), Perahu Naga Campuran IPT (12 pekayuh; 8 lelaki + 4 wanita), Kayak Perseorangan Lelaki 200m, Kayak Perseorangan Wanita 200m,  Kayak Bergu Lelaki 200m, Kayak Bergu Wanita 200m, Kayak Bergu Campuran 200m, Kayak Perseorangan Lelaki 500m, Kayak Perseorangan Wanita 500m, Kayak Bergu Lelaki 500m, Kayak Bergu Wanita 500m dan  Kayak Bergu Campuran 500m.

Sementara itu, pasukan-pasukan yang bertanding dalam UNIMAS International Regatta 2019 bermula 19 hingga 20 Oktober 2019 iaitu esok hari, masing-masing telah melabuhkan perahu mereka dan menjalani latihan di tasik UNIMAS bermula minggu ini lagi.

Siap sedia, pasukan yang bertanding dalam UNIMAS International Regatta 2019 telah melabuhkan perahu di dataran tasik UNIMAS.
Pasukan yang bertanding menjalani latihan di tasik UNIMAS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here