More
    Home Seorang remaja maut di kaki Gunung Santubong selepas mengadu sesak nafas

    Seorang remaja maut di kaki Gunung Santubong selepas mengadu sesak nafas

    KUCHING, 30 OGOS 2020 (SNN) : Keseronokan tiga sekawan mendaki gunung Santubong bertukar tragedi setelah salah seorang daripada mereka maut dipercayai sesak nafas ketika terkandas di aras 4.5 gunung Santubong, petang semalam.

    Mangsa, Muhammad Hazwan Bakar, 24, dipercayai mengalamai sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas berjaya dibawa turun oleh pihak bomba.

    Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa bersama dua lagi rakannya iaitu seorang lelaki dan perempuan terkandas di puncak 4.5 kilometer gunung itu.

    “Pihaknya menerima laporan itu pada pukul 5.20 petang semalam dan mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi.

    “Operasi diketuai Komander Operasi yang juga Ketua Balai, Azaharul Sahari dibantu 22 anggotanya dan dua anggota daripada Unit RIM,” kata kenyataan itu.

    Mangsa berjaya dibawa turun melalui kawasan yang curam dan berbukit menggunakan pengusung selama hampir 2 jam dari puncak 4.5 km gunung ke bawah.

    Operasi membawa mayat mangsa ke kaki gunung mengambil masa hampir 2 jam

    Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan perasi menyelamat ketiga-tiga mangsa terkandas tamat sepenuhnya pada jam 9.47 malam.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...