More
    Home Semangat cintakan negara dengan kibarkan Jalur Gemilang

    Semangat cintakan negara dengan kibarkan Jalur Gemilang

    KUCHING, 30 OGOS 2020 (SNN) : Kampung Patingan ambil inisiatif tersendiri mengibarkan Jalur Gemilang dengan mengadakan program peringkat kampung bersempena sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September depan.

    Sebanyak 300 helai bendera diagihkan secara percuma kepada penduduk Kampung No.6 Patingan selain 300 banting Jalur Gemilang di pasang disepanjang jalan kampung berkenaan.

    Ketua Kaum Kampung Patingan, Mostapha Wahab berkata, ini merupakan pertama kalinya program seperti itu diadakan khasnya bagi kawasan N.8 Satok.

    Objektif program ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan negara serta kesedaran Jalur Gemilang dalam kalangan masyarakat kampung.

    “Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung dan sekitar disamping sokongan daripada organisasi di kampung. Oleh itu, cadangan kita akan menjadikan program ini menjadi acara tahunan bagi kampung ini,” katanya ketika berucap pada Program Kibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan dan Pembentukan Negara Malaysia 2020 di perkarangan Masjid Darulhana, Kampung No.6, malam semalam.

    Program itu merupakan cetusan idea bersama-sama organisasi di kampung seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), MDHP, PBB Ranting Kampung No.6, LAKMKP, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Saberkas dan Kejiranan Mesra (KJM). Gabungan ini mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi memastikan proses perjalanan program berjalan lancar.

    Penyerahan Jalur Gemilang kepada penduduk kampung

    Majlis itu turut dihadiri Penasihat Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Muslimin Kampung Patingan (LAKMKP), Tan Sri Safri Awang Zaidell, Pengerusi Masjid Darulhana Patingan (MDHP) Zamhari Hashim, Ketua Ranting Parti PBB Kampung No.6, Mohamad Abdul Rahman Adenan dan warga kampung.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...