Satu kes tempatan positif Covid-19 di Kuching hari ini

0
161
Satu kes potitif direkod hari ini di Kuching

KUCHING, 29 OGOS 2020 (SNN) : Satu kes positif Covid-19 direkodkan di Daerah Kuching hari ini menjadikan keseluruhan kes positif covid-19 meningkat kepada 698 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan media memberitahu, kes merupakan seorang wanita tempatan yang berusia 48 tahun yang menunjukkan gejala dan tanda sejak 14 Ogos 2020 lalu.

“Kes telah dikesan selepas menjalani ujian saringan Rt-PCR pada 28 Ogos 2020 yang dilakukan bagi tujuan pra pembedahan. Kes telah disahkan positif selepas keputusan ujian makmal pada 29 Ogos 2020 adalah positif covid-19,” kata dalam satu kenyataan media.

Kenyataan media harian JPBN Sarawak

Kes telah dikategorikan sebagai kes tempatan dan dimaklumkan juga tiada kes baru sembuh dan discar hari ini.-Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here