More
    Home Sarawak Bintulu Seorang lelaki nyaris rentung, kenderaan terbakar dalam kemalangan di Bintulu

    Seorang lelaki nyaris rentung, kenderaan terbakar dalam kemalangan di Bintulu

    BINTULU, 04 JULAI 2020 (SNN) : Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas terlibat dalam satu kemalangan di Batu 27, Lebuh Raya Pan-Borneo, awal pagi tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden pada jam 4 pagi lalu mengerahkan seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

    Gambar : Kenderaan pikap musnah secara keseluruhan

    “Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak yang memusnahkan pikap terbabit,” jelasnya.

    Katanya lagi, mangsa berusia 34 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Bintulu oleh ahli keluarganya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

    Tambahnya, pasukan bomba menggunakan satu aliran air bagi memadam kebakaran tersebut dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.09 pagi.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...