More
    Home Lain-lain Ratusan titik panas dikesan di Kalimantan

    Ratusan titik panas dikesan di Kalimantan

    KALIMANTAN, 04 JULAI 2020 (SNN) : Ratusan titik panas akibat daripada pembakaran hutan telah dikesan di Kalimantan, Indonesia yang berisiko menyebabkan jerebu sehingga ke Malaysia dan Singapura.

    Ketua Mitigasi Bencana Kalimantan, Darliansyah berkata, pihaknya telah mengesan lebih 700 titik panas di wilayah tersebut berdasarkan data satelit. Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada Indonesia kerana negara itu sekarang mengerahkan segala usaha dan dana untuk menangani pandemik covid-19.

    Tambahnya, kira-kira 1.6 juta hektar hutan dilaporkan terbakar setakat ini yang disifatkan antara yang terburuk sejak tahun 2015 sehingga kerajaan Indonesia mengisytiharkan darurat pada 1 Julai lalu. “Pihak berkuasa sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran termasuk menggunakan pesawat pengebom air dan melaksanakan pembenihan awan sejak kebakaran mula dikesan Mei lalu,” ujarnya lagi.

    Keadaan ini ditambah dengan corak iklim El Nino yang memburukkan lagi musim kebakaran hutan yang berpunca daripada aktiviti pembersihan dan pembakaran semak bagi tujuan pertanian dan perladangan. -Sumber Agensi. -Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...