Penubuhan MRSM Lawas buka peluang pelajar mendapatkan pendidikan lebih baik. -Awang Tengah

0
322
Gambar (ihsan Ukas) : Awang Tengah hadir ketika majlis penyerahan geran bina MRSM Lawas

LAWAS, 04 JULAI 2020 (SNN) : Penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Lawas bakal memberi kemudahan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran yang lebih berkualiti di samping meningkatkan sosioekonomi masyarakat sekitarnya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembinaannya adalah yang ke lima di Sarawak dan siapnya nanti akan memberi peluang pendidikan kepada para pelajar di Utara Sarawak dengan sasaran 450 pelajar.

Katanya lagi, penubuhan MRSM ini dijangka siap pada tahun 2024 sekaligus membuka peluang dan laluan pendidikan yang luas terutama dalam melahirkan golongan teknokrat dan professional sains yang mahir dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineering dan Mathematics).

“Manakala aspek sosioekonomi pula, mampu menambahkan jumlah populasi penduduk sekitar Lawas kerana peningkatan aktiviti ekonomi seperti perniagaan kecil-kecilan, peruncitan, perusahaan makanan dan lain-lain lagi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Geran Tapak MRSM Lawas di Hotel Seri Malaysia Lawas semalam.

Justeru, MRSM merupakan institusi pendidikan menengah yang ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar bumiputera mengembangkan potensi mereka.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here