Kampung Tebelu miliki Dewan Masyarakat dan gelanggang futsal baharu

0
161
Datuk Juhalihi menandatangani sebagai simbolik perasmian dua fasiliti tersebut

SEBUAYU, 01 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kampung Tebelu, Sebuyau kini memiliki dewan masyarakat dan gelanggang futsal baharu selepas penyempurnaan perasmian pembukaan kedua-dua fasiliti itu ditandatangani oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, dewan tersebut telah dibina dengan jumlah peruntukan sebanyak RM550,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) manakal gelanggang pula sebanyak RM140,000.

“Dengan adanya kemudahan fasiliti tersebut berharap usaha daripada kerajaan negeri ini dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung dalam mencapai kesejahteraan bersama,” katanya ketika berucap dalam majlis.

Datuk Julaihi hadir ke Majlis perasmian di dewan masyarakat baharu Kg Tebelu

Turut hadir, Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau, Ajis Ahmad;Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebuyau, Haji Abu Seman Suhaili; Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebangan, Haji Hamdan Esamail serta Ketua Kaum selaku Pengerusi JKKK Kampung Tebelu, Haji Polly Mat.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here