More
    Home Sarawak Serian Sektor pendidikan sentiasa diutamakan di negeri Sarawak

    Sektor pendidikan sentiasa diutamakan di negeri Sarawak

    SERIAN, 09 OKTOBER 2020 (SNN) : Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan pembangunan pendidikan di negeri ini menerusi Yayasan Sarawak dalam menyalurkan bantuan dalam memastikan kualiti serta anak Sarawak mendapat pendidikan yang baik.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben berkata, salah satu usaha kerajaan membantu anak-anak sekolah di seluruh negeri ini adalah dengan menaikkan jumlah bantuan pakaian seragam sekolah kepada RM4 juta setahun bagi membolehkan setiap pelajar mendapat pakaian baharu dan selesa.

    “Yayasan Sarawak turut menyediakan kemudahan pinjaman serta wang pendahuluan kepada pelajar yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sarawak dengan jumlah RM1,000,” katanya semasa hadir dalam Majlis Penyampaian Baucer Pakaian Seragam Yayasan Sarawak 2020 di Dewan Babuk Barum Kampung Bunan Gega pada Khamis.

    ADUN Kedup serahkan baucer bantuan pakaian seragam kepada setiap penerima

    Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan cek kepada 15 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pejabat Pendidikan Daerah di DUN Kedup dengan nilai peruntukan sebanyak RM98,000. -Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...