More
    Home Empat premis dipotong elektrik terlibat perjudian atas talian

    Empat premis dipotong elektrik terlibat perjudian atas talian

    KUCHING, 08 OKTOBER 2020 (SNN) : Empat premis perniagaan dipotong bekalan elektrik oleh pihak polis selepas dipercayai terlibat dengan perjudian atas talian secara haram.

    Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata, tindakan itu diambil mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

    “Operasi yang telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching bersama kakitangan Sarawak Energy Berhad itu bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari pada Selasa.

    “Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 4(!)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan denda RM5,00 hingga RM50,000 dan hukuman penjara hingga tiga tahun jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Tindakan memotong bekalan elektrik dibuat susulan aktiviti judi tanpa lesen di premis makanan

    Kesemua suspek telah ditahan serta direman dan kes masih dalam siasatan pihak Polis.

    Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha yang terlibat dengan aktiviti perjudian tanpa lesen dan pihak polis akan mengambil tindakan sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta akan melaksanakan tindakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 ke atas mereka yang terlibat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...