Sarawak catat 10 kes positif Covid-19 hari ini

0
119
10 kes positif direkodkan di Sarwak hari ini

KUCHING, 09 OKTOBER 2020 (SNN) : Sarawak catat 10 kes positif covid-19 baharu hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan positif meningkat kepada 742 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan menjelaskan empat kes dikesan di Daerah Kuching yang mana tiga darinya adalah saringan dari kawasan berisiko tinggi jangkitan covid-19. Tiga kes tersebut merupakan anggota keselamatan yang pulang daripada bertugas semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini

Satu kes pula melibatkan pegawai keselamatan yang merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 selepas disahkan positif semasa menjalankan ujian saringan di sebuah klinik kesihatan kerajaan pada 7 Oktober lalu.

Manakala tiga kes lagi dikesan di Daerah Lubok Antu yang merupakan ibu dan anak warganegara tempatan baru pulang dari Sabah pada 27 September 2020. Ujian saringan pertama dilakukan ke atas kes menunjukkan keputusan negatif namun selepas melakukan ujian saringan ulangan keputusan kes adalah positif covid-19.

Kes ke tiga pula melibatkan seorang anggota keselamatan yang menunjukkan gejala sakit tekak pada 5 Oktober 2020 dan hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan beliau positif covid-19. Kes ini merupakan jangkitan tempatan ekoran tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau melawat mana-mana kawasan berisiko.

Dua kes pula masing-masing dikesan di Daerah Daro dan Bau yang mana kes pertama merupakan pekerja pelantar minyak di Sabah dan disahkan positif pada 8 Oktober 2020 melalui ujian saringan di Lapangan Terbang Labuan. Seorang lagi merupakan kes yang baru pulang dari melawat negeri Sabah pada 27 September 2020 dan disahkan positif pada 8 Oktober.

Kenyataan media harian JPBN Sarawak

JPBN Sarawak kini masih mengesan kontak rapat kepada semua kes di seluruh negeri bagi mengelakkan penularan tempatan berlaku di setiap daerah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here