More
    Home "Saya tidak menjawat sebarang jawatan dalam Kabinet buat masa ini" - DS...

    “Saya tidak menjawat sebarang jawatan dalam Kabinet buat masa ini” – DS Anwar Ibrahim

    Kuala Lumpur, 16 Mei 2018 (SNN) – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau tidak akan terlibat dalam pentadbiran kerajaan buat masa terdekat. Katanya, buat masa ini beliau bercadang untuk memenuhi jemputan oleh beberapa buah universiti di beberapa buah negara. Katanya, antara jemputan diperolehinya adalah daripada Havard University dan Stanford University.

    Jelasnya. “Saya maklumkan supaya beliau (Mahathir) dan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah meneruskan kelangsungan pentadbiran kerajaan baharu ini”.

    Dalam ucapanya, beliau menyatakan sokongan penuh ke atas pentadbiran baharu Pakatan Harapan, sebagai rakyat. Selain itu, beliau mempertegaskan pengampunannya adalah kerana terdapat kesalahan dalam pendakwaan.

    Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Tun Dr Mahathir, Anwar menjawab ‘pertelingkahan’ terdahulu telah berlaku lama dan beliau telah melupakannya. Tun Dr Mahathir kini menyokong agenda reformasi. Tegas beliau, yang penting kini adalah untuk membina ‘Malaysia baharu’.

    Beliau pada itu baru pulang daripada mengadap Yang di-Pertuan Agong selama 1 jam tengah hari tadi.

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...