Anwar sudah bebas

0
281
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangkakan akan mengantikan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia

Kuala Lumpu, 16 Mei 2018 (SNN) -Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dan keluar daripada Pusat Rehabilitaasi Hospital Cheras pada jam 11.33 pagi tadi. Beliau yang muncul di pintu masuk hospital dikelilingi oleh ratusan penyokongnya. Beliau dilihat melambai tangan kepada penyokongnya yang telah berhimpun di perkarangan hospital sejak awal pagi. Beliau kemudiannya dibawa ke Istana Negara.

Jam 12.30 beliau telah muncul di Istana negara dengan disambut oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad. Beliau kemudianya menandatangani buku kehadiran pelawat.

Datuk Seri Anwar Ibahim tiba di Istana Negara sekitar jam 12.30 tengahari diiringi oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah dan Ketua Menteri Selangor, Datuk Seri Azmin Ali

Beliau yang sebelum itu dituduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun disabitkan kesalahan atas tuduhan liwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Pengikutnya bependapat tuduhan tersebut bermotifkan politik bagi menjatuhkan beliau.a

Para penyokong beliau menjangkakan beliau akan menjawat jawatan Perdama Menteri Malaysia selepas Tun Dr. Mahathir Mohammad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here