Mantan KP SPRM Tan Sri Abu Kasim Mohamed bertemu PM

0
608
Tan Sri Abu Kassim Mohamed menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah SRPM pada 1 Ogos 2016

Putrajaya 17 Mei 2018, (SNN) – Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilihat hadir di perkarang Yayasan Kepimpinan Perdana pagi tadi untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad tepat jam 8.24 pagi.

Setakat ini, tiada sebarang makluman berkenaan kedudukan Ketua Pengarah SPRM, namun terdapat desas-desus mengatakan beliau akan mengantikan tempat yang dikosongkan serta merta pada minggu lepas oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan meneruskan pendakwaan terhadap skandal 1MDB.

Terdapat juga andaian berlegar di media sosial menyatakan bahawa penamatan perkhidmatan beliau sebagai KP SPRM berkait rapat dengan skandal 1MDB yang disiasat bersama Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara terdahulu.

Semasa ditamatkan perkhidmatan, beliau menjadi anggota fakulti (pakar jemputan) International Anti-Corruption Academy, Austria, iaitu institusi pengajian anti-rasuah yang unggul di dunia di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu, perunding di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities dan Ahli Board of Governance, International Anti-Corruption Academy, Austria

Beliau berkhidmat sebagai KP SPRM bemula 1 Januari 2010 hingga 1 Ogos 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here