Satu lagi kluster Covid-19 dikenal pasti di Sarawak

0
197
Satu kes positif direkodkan semalam.-JPBNS

KUCHING, 17 JULAI 2020 (SNN) : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengisytiharkan satu lagi kluster baharu di Kuching, Sarawak sebagai kluster Mambong selepas kawasan itu merekodkan dua kes positif covid-19 setakat ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Unggah Embas berkata, kluster itu dikeasan di sebuah syarikat yang terdapat Mambong, negeri ini. Seramai 131 kontak rapat yang telah dikesan melibatkan 86 rakan sekerja, 22 ahli keluarga dan 23 kausal kontak dan lain-lain.

“Sebanyak 68 sampel telah diambil, manakala baki 63 akan diambil dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, bagi kluster Syarikat Kejuruteraan Kuching, sebanyak dua kes positif dilaporkan sebelum ini. Sejumlah 187 kontak rapat telah dikesan yang melibatkan 130 rakan sekerja, 33 orang ahli keluarga dan 24 adalah lain-lain. Kesemua 187 sampel tersebut adalah negatif.

Dalam pada itu, mengenai kes kematian akibat covid-19 melibatkan seorang warga emas baru-baru ini di Kuching, penjejakan kontak secara rawak telah dilakukan di beberapa lokasi yang telah dilawati oleh pesakit tersebut.

Semalam, sebanyak 217 saringan awal telah dilakukan di kawasan Pasar Komuniti Stutong. Dari keseluruhan jumlah itu, sebanyak dua orang mempunyai gejala dan 56 sampel telah diambil.

Ujar Unggah lagi, saringan akan dilakukan di kawasan Pasar Segar Green Road pada hari ini dan kawasan berikutnya di pasaraya utama yang akan dilakukan dalam tempoh dua minggu akan datang. Nizal.

Kenyataan media harian Covid-19 JPBN Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here