More
    Home Kerajaan Sarawak umum pakej potongan elektrik 25% berjumlah RM84.6 juta.

    Kerajaan Sarawak umum pakej potongan elektrik 25% berjumlah RM84.6 juta.

    KUCHING, 16 JULAI 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak dalam satu kenyataan mengumumkan potongan 23% untuk penggunaan elektrik yang dianggarkan berharga RM77.8 juta dibawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang. Manakala potongan 2% dari Kerajaan Persekutuan dianggarkan berharga RM6.8 juta dibawah Rangsangan Ekonomi Prihatin bermula April lalu hingga bulan September. Ini merupakan langkah bagi meringankan beban ekonomi rakyat.

    Menurut Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom dalam kenyataan tersebut, secara keseluruhan sepanjang tempoh berkenaan, pemegang akaun domestik di Sarawak akan menjadi satu-satunya isi rumah yang menikmati potongan harga sebanyak 25% berjumlah RM84.6 juta.

    Kerajaan Sarawak mengambil tindakan proaktif ini dalam menyusun strategi dan pakej bantuan yang dirancang khusus untuk meminimumkan kesan Covid-19 terhadap rakyat Sarawak.-Sumber Ukas.Nizal

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...