More
    Home Lain-lain 10 lagi Kes positif Covid-19 direkodkan di Sarawak hari ini

    10 lagi Kes positif Covid-19 direkodkan di Sarawak hari ini

    KUCHING, 17 JULAI 2020 (SNN) : Sarawak mencatatkan 10 kes positif baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat hari ini sebanyak 594 kes.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak enam kes dilaporkan di Kuching dan dua kes masing-masing di Samarahan dan Bintulu.

    “Daripada 10 kes itu, dua kes adalah kontak rapat kepada kes positif yang dikesan pada 13 Julai lalu, kapal LNG Jupiter,” katanya semasa sidang media harian Covid-19, di sini hari ini.“Kedua-dua kes ini disaring pada 16 Julai lalu dan mendapati ujian RT-PCR mereka adalah positif pada hari yang sama.

    Menurutnya, kedua-dua kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala, dimasukkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

    Sementara, empat kes lagi melibatkan warganegara tempatan yang baru balik dari luar negara, sedang menjalani kuarantin 14 hari. Kes-kes ini masing-masing dua dari Kuching dan dua Samarahan.

    “Mereka tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. Kesemua kes ini dikategorikan sebagai kes import yang melibatkan warganegara tempatan,” tambah beliau.

    Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, satu kes pula melibatkan seorang wanita warga emas dari Kuching yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan dirujuk serta dimasukkan ke HUS pada 9 Julai lalu.

    “Warga emas tersebut mengalami Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi,” ujarnya. Ujian ulangan swab untuk RT-PCR pada 16 Julai lalu, mendapati beliau positif dan kes adalah jangkitan tempatan kerana kes tidak mempunyai sejarah perjalanan melawat ke luar negara.

    Sementara, satu lagi kes adalah kontak rakan tempat kerja kepada kes ke-582 (pekerja kesihatan) dikesan pada 15 Julai lalu, hasil saringan kepada kontak kepada kes positif. Kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Kes telah dimasukkan ke HUS untuk rawatan lanjut. Kes juga adalah jangkitan tempatan kerana tidak mempunyai sejarah perjalanan melawat ke luar negara.

    Sementara itu, dua kes positif pula membuat saringan kendiri di hospital swasta adalah wargenegara tempatan. Mereka tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Punca jangkitan untuk kes ini masih dalam siasatan lanjut.

    Selain itu, Uggah berkata, pada hari ini, tiada kes baharu sembuh dan discaj dari hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh dan discaj kekal sebanyak 554 orang atau 93.27 peratus. Seramai 22 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital dan jumlah kematian kekal 18 orang atau 3.03 peratus.

    Katanya lagi, pada hari ini sebanyak 23 kes masih disiasat (PUI) baharu dilaporkan dan dua kes masih menunggu ujuan makmal. Nizal.

    Gambar : Kenyataan media harian JPBN Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...