Peranan dan Sumbangan wanita Sarawak dalam bidang digital diiktiraf

0
158
Fatimah berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Wanita Sarawak

KUCHING, 29 OGOS 2020 (SNN) : Sambutan Hari Wanita yang di sambut di Pusa Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dengan tema “Wanita Sarawak dalam Era Digital” bertujuan meraikan serta mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita Sarawak dalam bidang digital sekaligus sebagai persediaan wanita Sarawak menuju Revolusi Perindustrian 4.0.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita. Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata, tema Hari Wanita Sarawak tahun ini ialah “Sarawak Women in Digital Era” manakala di peringkat kebangsaan ialah “Wanita Waja Negara Sejahtera”.

“Kedua-dua tema itu berkait rapat kerana teknologi maklumat (IT) membantu memperkasa dan mengupayakan wanita untuk menjadi warga waja, dinamik dan tabah dalam menjalani cabaran kehidupan.

“Tema tahun ini juga dipilih bertujuan bagi memperingati kaum wanita tentang potensi besar yang disediakan oleh prasarana digital dalam membuka ruang dan peluang bagi mereka teru memainkan peranan dalam menyumbang secara bermakna demi kesejahteraan penduduk Sarawak,” katanya semasa berucap pada Majlis di sini, hari ini.-Nizal.

Fatimah mengiringi dan menyambut ketibaan Toh Puan serta Ketua Menteri dan Isteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here