More
    Home Sarawak Tuntut Kerajaan Pakatan Harapan Tunaikan Manifesto

    Sarawak Tuntut Kerajaan Pakatan Harapan Tunaikan Manifesto

    KUALA LUMPUR – Manifesto Pakatan Harapan menjadi tuntutan hak-hak orang Sarawak yang telah dijanjikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau telah memberi jaminan isu 20 peratus royalti minyak dan pemberian hak Sarawak perlu di atasi sebaik yang mungkin.

    Sebuah sidang media yang telah diadakan selepas pertemuan antara Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di Bangunan Parlimen, Ahli Parlimen Petra Jaya iaitu Datuk Seri Fadhillah Yusof memberi sebuah kenyataan bahawa pihak kerajaan negeri Sarawak pada masa kini tidak hanya memfokuskan kepada isu kenaikan kadar royalti minyak dan penurunan hak Sarawak malah turut memfokuskan isu menaik taraf sekolah daif di Sarawak.

    “Malah tawaran kerajaan negeri untuk menyediakan dana RM1 billion bagi menaik taraf sekolah daif juga kami bincangkan dan Perdana Menteri turut memberi jaminan ia akan dibincang di peringkat Kerajaan Persekutuan.”

    Selain itu, Ahli Parlimen GPS turut menyuarakan kepada Tun Dr Mahathir agar semua projek yang dirancangkan sebelum ini diteruskan untuk memberi manfaat kepada rakyat Sarawak. YB Fadhillah turut menyatakan usaha Datuk Seri Rohani (Ahli Parlimen Lupar) yang telah memohon RM 1 billion bagi meneruskan projek Jambatan Batang Lupar demi mewujudkan kemudahan kepada rakyat. Antara usaha ahli GPS yang lain ialah Datuk Seri Richard Riot Jaem (Ahli Parlimen Serian) yang memohon penruntukan sebanyak RM310 juta bagi Projek Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang pada asalnya telah diluluskan oleh kerajaan lama (Barisan Nasional).

    Dalam kenyataan beliau juga turut menyentuh mengenai hal Jawatankuasa Khas MA63 dengan berkata, “kita tidak mendapat maklumat lain mengenai siapa lagi yang akan menganggotai jawatankuasa khas berkenaan yang ditubuhkan oleh kerajaan PH,” katanya.

    Walau bagaimanapun, setakat ini hanya Abang Johari dijemput untuk menganggotainya kerana kapisitinya sebagai Ketua Menteri Sarawak.S

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...