More
    Home Saramedia Global (SMG) Turut Hijrah Pada Awal Tahun 1440H

    Saramedia Global (SMG) Turut Hijrah Pada Awal Tahun 1440H

    KUCHING (SNN) – Saramedia Global Sendirian Berhad (SMG) telah berpindah ke pejabat baharu dengan semangat hijrah sempena tahun 1440H bersamaan dengan 17 September 2018.  Dari pejabat di Matang Jaya mereka berpindah ke Metrocity, sebuah pusat komersil baharu yang berhampiran.

    Satu majlis kesyukuran dan doa selamat telah diadakan pada hari ini yang dihadiri oleh saudara-mara dan sahabat-handai.  Turut hadir dalam majlis ini adalah Datu Dr. Hj. Sanib bin Hj. Said, Pengasas dan Pengarah, SMG dan juga Rizwan Ederis, Pengasas dan Pegawai Eksukutif, SMG.

    Dalam ucapan ringkas kepada 7 orang staf, Sanib menegaskan kepetingan kerjasama berpasukan dan bersikap rajin sepanjang masa.  Di samping itu juga beliau mencadangkan supaya menunaikan solat Zohor berjemaah tepat pada waktunya di samping Solat Dhuha.

    Sanib sedang menyampaikan amanat kepada staf SMG (Gambar: SMG)

    Sanib juga menceritakan bahawa SMG telah ditubuhkan 3 tahun yang lalu bersama-sama Rizwan sebagai sebuah edagang startup yang turut dibantu boleh Luqman.  Bermula dengan www.eHalalhub.com hampir setahun kemudian www.produksarawak.com. SMG mula mendapat perhatian pada pertengahan tahun 2016 apabila Sarawak mendapat Ketua Menteri yang baharu, Datuk Patinggi Abang Johari.  Beliau telah memulakan edagang sebagai dasar ekonomi negeri Sarawak yang baharu.  SMG beruntung kerana telah lama bersiap sedia dengan platform edagang yang membezakan dengan persaing lain. Terbukti bahawa impian itu penting dan mendahului zamannya.

    Beliau seterusnya bahawa mengumumkan perkhidmatan baharu berbentuk portal berita, www.sarawaknewsnetwork.com (SNN). Seorang wartawan akan menyertai SMG pada minggu depan.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...