Sarawak Kongsi dan Pelajari Konsep Mengembangkan Islam dengan Negara Brunei

0
74
Rombongan lawatan dari Sarawak yang diketuai Dr Abdul Rahman turut menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hasanal Bolkiah dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman

Kuching, 29 April 2019 (SNN)- Sarawak kongsi dan pelajari konsep mengembangkan Islam dengan Brunei. Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi baru-baru ini mengetuai rombongan lawatan ke Negara Brunei Darussalam. Lawatan yang bermula dari 22 dan 23 April itu turut disertai Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha dan Mufti Negeri Datu Kipli Yassin. Turut serta Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datu Abang Mohd Shibli Abang Nailie dan Ketua Hakim Syarie Awang Suhaili Ledi.

Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk berkongsi pendapatan dan mempelajari konsep menggembangkan syiar Islam. Hari pertama menyaksikan rombongan mengunjungi Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Masjid Omar Ali Saifuddien dan Kolej Universiti Penguruan Ugama Seri Begawan.

Rombongan yang diketuai Dr Abdul Rahman Junaidi ini juga  turut mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Hal Ehwal Ugama dan menghadiri taklimat Majlis Ugama Islam Brunei dan Unit Perundangan Islam. Pada hari kedua, rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan melawat Sekolah Ugama Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok.

Tidak ketinggalan rombongan turut menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hasanal Bolkiah dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman. Selain itu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjadi destinasi terakhir lawatan Dr Abdul Rahman dan rombongan sebelum berangkat pulang.

Salah satu tempat yang dikunjungi semasa lawatan ke Brunei, iaitu melawat Sekolah Ugama Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here