MoU UNIMAS dan ADUN Demak Laut Bantu Penjagaan Kesihatan Penduduk Di Kawasan DUN Demak Laut

0
195
Dr Hazland bergambar bersama penduduk di kawasan DUN Demak Laut selepas Majlis Penangguhan Program Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat bersempena Hari Jururawat Sedunia di Dewan Serbaguna Kampung Beradek

KUCHING, 28 April 2019 (SNN)– Perjanjian Persefahaman atau MoU di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut YB Dr Hazland Abang Hipni dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertujuan untuk menjaga kesihatan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Dr Hazland dalam ucapannya menjelaskan MoU ini membolehkan pelajar-pelajar dalam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UNIMAS menjalani latihan kesihatan di beberapa buah kampung di DUN Demak Laut. “Saya telah mengadakan perjanjian persefahaman atau MoU dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UNIMAS. Beberapa tahun lepas, kita telah membawa bersama beberapa pakar dari UNIMAS ke Kampung Tanjong Bako”, katanya.

“Dalam MoU dengan UNIMAS, saya telah memberi dana sebanyak RM20 ribu setahun kepada UNIMAS untuk menjaga kesihatan penduduk semua termasuk Kampung Beradek, Kampung Semilang, Kampung Tiang Api dan sebagainya termasuk Kampung Tanjong Bako, Pinggan Jaya dan Muhibbah,” tambahnya lagi.

Menurut Dr Hazland lagi, MoU ini membolehkan pelajar-pelajar perubatan UNIMAS menjalani latihan di Kampung Tanjong Bako.”Pelajar-pelajar FPSK UNIMAS yang belajar di Tahun 3 dan Tahun 4 akan menjalani latihan di Kampung Tanjong Bako dalam bidang perubatan. Setiap hujung minggu, pelajar-pelajar UNIMAS ini akan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Kampung Tanjong Bako. Sebab mereka memilih Kampung Tanjong Bako ialah kampung ini dekat dengan UNIMAS,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penangguhan Program Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat bersempena Hari Jururawat Sedunia di Dewan Serbaguna Kampung Beradek di sini, hari ini. Program ini merupakan kerjasama di antara Kuching Specialist Hospital (KPJ) dan Radio Cats FM.

Pada program itu, Dr Hazland telah menyampaikan dana sumbangan ADUN Demak Laut dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang berjumlah RM14,200 kepada Masjid Darul Akhirat Kampung Beradek. Turut juga disampaikan dalam majlis tersebut adalah dana kepada Surau Kampung Tiang Api berjumlah RM6,000. 

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, Dr Hazland turut memberikan sumbangan RM3,000 masing-masing kepada Kampung Beradek dan Surau Kampung Tiang Api bagi melaksanakan program Ihya Ramadan.

Hadir sama Pemanca Hj Rosdi, Penghulu Hj Bolhassan bin Ibrahim dan Ketua Kaum Kampung Semilang Hj Fauzi dan Pengurus Besar KPJ Sarawak Nurhazimah bte Mahat.

Dr Hazland semasa memberikan ucapan pada Majlis Penangguhan Program Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat bersempena Hari Jururawat Sedunia di Dewan Serbaguna Kampung Beradek di sini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here