More
    Home Sarawak Bintulu Proses Perolehan Tender di Sarawak Akan Dipantau 93 Pegawai Integriti Bertauliah

    Proses Perolehan Tender di Sarawak Akan Dipantau 93 Pegawai Integriti Bertauliah

    BINTULU, 29 April 2019 (SNN)– Proses perolehan tender di Sarawak akan dipantau Pegawai Integriti Bertauliah. Ini bagi memastikan proses perolehan tender bagi projek-projek di bawah kerajaan Sarawak dilakukan dengan telus, seramai 93 pegawai bertauliah telah dilantik bagi tujuan memantau perkara itu.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg berkata, kesemua pegawai berkenaan telah dilatih oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan telah ditugaskan ke jabatan-jabatan kerajaan termasuk di bahagian-bahagian dalam negeri.

    Menurutnya lagi jika dokumen tender memenuhi kelayakan, sudah tentu segala perolehan tender akan dapat diproses dengan cepat dan dilakukan secara telus melalui penilaian pegawai-pegawai ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan tender projek ketika Majlis Townhall Berambeh Ngan Abang Jo di Bintulu minggu lepas. Sesi Town Hall “Berambeh Ngan Abang Jo” sempena Karnival Today for Tomorrow Bahagian Bintulu merupakan anjuran Sarawak Volunteers yang diadakan di Dewan Suarah Bintulu.

    Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa pihak kerajaan Sarawak akan memeriksa masalah berkaitan kelewatan proses pendaftaran tender melalui atas talian.

    Sementara itu beliau juga menggalakkan pemegang-pemegang lesen kontraktor kelas F untuk mendaftar tender mereka bagi melaksanakan projek-projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang bernilai RM 2 juta ke bawah.

    Orang ramai terutama di kalangan belia memenuhi Dewan Suarah Bintulu sempena Sesi Town Hall “Berambeh Ngan Abang Jo” sempena Karnival Today for Tomorrow Bahagian Bintulu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...