More
    Home Sarawak Samarahan Sarawak Hasilkan Pengamal TRIZ Terbanyak di Malaysia

    Sarawak Hasilkan Pengamal TRIZ Terbanyak di Malaysia

    Kota Samarahan, 16 Oktober 2019 (SNN) : Sarawak, berdasarkan statistik Malaysia TRIZ, telah menghasilkan bilangan pengamal TRIZ melalui latihan yang terbanyak di Malaysia.

    Mengikut rekod setakat tahun 2019, Sarawak telah menghasilkan 1,109 pengamal TRIZ yang terlatih. Di Malaysia, jumlah pengamal TRIZ adalah 10,053.

    Untuk julung kali, UNIMAS dengan sokongan MyTRIZ mengadakan “Majlis Anugerah Pentauliahan Pengamal TRIZ yang Pertama di Borneo” untuk meraikan hampir 200 staf dari tiga institusi – UNIMAS, Sarawak Energy Berhad (SEB) and Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) yang telah berjaya di tauliahkan pada tahun ini.

    TRIZ atau Theory of Inventive Problem di bangunkan oleh seorang innovator dari Rusia, Genrich Altshuller pada zaman 1940an. Di sebabkan kaedah dan populariti TRIZ yang telah di gunakan oleh beberapa syarikat korporat besar, TRIZ kini telah berkembang di seluruh dunia termasuk Malaysia. TRIZ menawarkan teknik pemikiran dan penyelesaian masalah untuk membantu menyelesaikan masalah kompleks dengan dengan membuat penyelesaian mudah dan terancang.

    Program latihan TRIZ adalah sangat ideal kepada Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dalam memberi kemahiran kepada pekerja mereka untuk menghadapi cabaran era Industri 4.0.

    Malaysia TRIZ (MyTRIZ) sebagai penaung consortium TRIZ Malaysia menyediakan pentauliahan TRIZ di Malaysia. UNIMAS Professor Narayanan Kulathuramaiyer dari Institut Informatik Sosial dan Teknologi Inovasi (ISITI) menawarkan latihan ke arah pentauliahan TRIZ sehingga Tahap 3 untuk Sarawak dan Borneo.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...