More
    Home Sarawak Betong Penduduk Kabong Diajak Imarahkan Masjid dan Sertai Pelbagai Aktiviti Sempena Maulidur Rasul...

    Penduduk Kabong Diajak Imarahkan Masjid dan Sertai Pelbagai Aktiviti Sempena Maulidur Rasul 1441 Hijrah

    KABONG, 15 Oktober 2019 (SNN) – Orang ramai dan penduduk Kabong khasnya djemput mengimarahkan masjid dan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Pejabat Daerah Kabong dan Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong sempena sambutan hari kelahiran junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W., Maulidur Rasul pada 9 November ini.

    Jurucakap program berkenaan Encik Nur Elffi Bin Amir yang juga merupakan Pegawai Tugas Khas kepada ADUN Kabong, Yang Berhormat Encik Mohd Chee Bin Kadir berkata, penglibatan orang ramai dalam aktiviti yang disajikan sempena Maulidur Rasul amat dialu-alukan antara lainnya menunjukkan kasihnya kita dan cintakan Rasulullah S.A.W.

    “Marilah kita bersama-sama menyertai aktiviti yang disediakan malah dengan penglibatan program berfaedah seperti ini diharap dengan rahmat-Nya mampu membuka ruang untuk kita meningkatkan bekalan amalan dan pahala di akhirat kelak,” ujarnya ketika dihubungi SNN semalam.

    Tambahnya lagi, Islam adalah Ad-Din iaitu umatnya bukan sahaja untuk beribadat semata-mata, malah Rasulullah S.A.W. turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial, sukan dan program luar melibatkan keagamaan bagi menambahnilai cara hidup yang lebih baik.

    Justeru sempena dengan sambutan hari kelahiran Rasulullah S.A.W. pada 9 November ini, antara aktiviti yang akan diadakan adalah pertandingan sepanduk dan juga perarakan yang terbuka kepada semua jabatan, persatuan, kampung, serta surau di seluruh daerah Kabong. 

    Johan pertandingan sepanduk akan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 beserta piala, naib johan RM700 beserta piala, manakala tempat ketiga juga akan menerima wang tunai berjumlah RM500 serta piala. Saguhati berjumla RM100 juga diberikan kepada peserta yang kurang bernasib baik.

    Manakala bagi kategori perarakan, kontinjen terbaik (johan) akan menerima wang tunai berjumlah RM700 beserta piala, naib johan RM500 beserta piala dan tempat ketiga akan menerima RM300 beserta piala. Tidak ketinggalan selawat terbaik turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM300 serta piala.

    Pertandingan sepanduk akan bermula seawal jam 7 pagi, dan seterusnya akan diikuti dengan penilaian untuk pertandingan kontinjen terbaik melalui perarakan. Perarakan dan pertandingan akan bermula di Town Square Kabong dan berakhir di Masjid As-sabirin, Kabong. Zikir Maulud juga akan dimulakan pada pagi 9 November bertempat di Masjid As-sabirin dan berlanjutan sehingga tengahari bagi memeriahkan sambutan sekaligus mengimarahkan masjid.

    Selain pertandingan sepanduk dan perarakan, turut diadakan pertandingan mengarang esei, pertandingan azan serta bacaan surah Al-Fatihah dan Surah Lazim yang akan diadakan pada 8 November 2019, sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul juga bertempat di Masjid As-sabirin, Kabong.

    Sambutan Maulidur Rasul kali ini yang bertemakan “Ummah Gemilang” akan diarasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Chee Bin Kadir ADUN N.40 Kabong.

    Semua dijemput hadir bagi menyertai dan sekaligus memeriahkan program-program tersebut. Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan borang penyertaan dengan menghubungi Pejabat Daerah Kabong dan Pusat Khidmat ADUN Kabong. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Oktober 2019.

    Antara yang hadir bersama semasa Mesyuarat Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah Peringkat Daerah Kabong
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...