More
    Home Sarawak catat lapan kes baharu jangkitan Covid-19

    Sarawak catat lapan kes baharu jangkitan Covid-19

    KUCHING, 12 NOVEMBER 2020 (SNN) : Daerah Kuching dan Lawas hari ini mencatatkan lapan kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 1,019 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan menjelaskan tujuh kes jangkitan tersebut adalah jangkitan tempatan melibatkan warganegara tempatan dan satu di Lawas adalah kes import.

    Daripada tujuh kes tersebut adalah kontak rapat daripada kes indeks Kluster Greenhill dan Wisma Saberkas manakala kes import di Lawas adalah saringan individu pulang dari kawasan berisiko.

    Kesemua kes telah dirawat di wad pengasingan Hospital Umum Sarawak dan pada masa yang sama JPBN mengumumkan Kluster Haji Baki ditamatkan ekoran tiada lagi keputusan positif saringan kali kedua.

    Keputusan JPBN menamatkan Kluster Baki 12 November 2020

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...