More
    Home Cadangan persempadanan semula kawasan pentadbiran DBKU-MBKS perlu kajian teliti

    Cadangan persempadanan semula kawasan pentadbiran DBKU-MBKS perlu kajian teliti

    KUCHING, 12 NOVEMBER 2020 (SNN): Penilaian dan kajian semula kawasan persembadanan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan bagi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) perlu dilakukan sebelum dilaksana.

    Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU merangkap ADUN Pantai Damai Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, pada masa ini belum ada perancangan dan keperluan dari pihaknya untuk melakukan hal tersebut kerana perlu mengambil kira kesan dari pelbagai aspek.

    Jelas beliau, dari segi kapasiti, pihak DBKU sedia maklum untuk mengambil alih sekiranya persempadanan semula itu diadakan oleh kerana DBKU memiliki pengalaman lebih lama dan berkemampuan untuk mengurus kawasan berkenaan.

    Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman semasa Persidangan Hari ke Empat Mesyuarat Kedua Penggal Kelima DUN Sarawak ke-18.-Sumber Ukas.

    Sesi pertanyaan lisan yang diajukan ADUN Tupong berkenaan cadangan persempadanan semula kawasan urus tadbir PBT

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...