Datuk Patinggi Abang Johari Menyeru Rakyat Sayangi Malaysia

0
322
Abdul Karim merasmikan Pameran MyMerdeka di Mydin Mall (Gambar: SNN)

PETRAJAYA, KUCHING (SNN) –  Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg yang diwakili oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak iaitu Yang Berhormat Abdul Karim Rahman Hamzah telah merasmkan program MyMerdeka di Mydin Mall, Petra Jaya pada 14 September 2018.

Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Penerangan Negara yang telah dimulakan pada tahun 2015. beliau.

Dalam isi teks yang dibaca oleh YB Karim, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari telah menyatakan bahawa beliau amat menyambut baik terhadap progam ini yang telah melibatkan rakyat dalam program cintakan Malaysia. Abang Johari juga berpendapat bahawa pendekatan seperti ini harus dilaksanakan dari masa ke semasa.

Program yang serba megah dan meriah ini telah memperoleh penghargaan pihak kerajaan kepada pihak Jabatan Penerangan Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pihak Mydin, dan pihak-pihak yang terlibat kerana telah berusaha sama dalam menjayakan program ini.

“Program seperti ini sememangnya dapat menyemarakkan semangat patriotisme, Kita juga raikan setiap kali menjelangnya tarikh 16 September. Tarikh ini perlu dihayati sebagai memperingati detik lahirnya sebuah tanahair yang bernama Malaysia,” kata Abang Johari.

Tambahnya lagi, sambutan pada kali ini buat julung kalinya telah diadakan di bawah kerajaan baharu Malaysia. Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysia Ku’.“ Selepas PRU14, perpaduan yang dilihat kini sedang merundum kerana kempen-kempen yang dilakukan oleh parti politik. Oleh itu, ketidaksefahaman harus dilupakan untuk menjamin kesepaduan.”

“Salah satu daripada mengisi ruang kemerdekaan ini ialah menanam sifat kasih dan sayang terhadap tanah air. Bukan setakat mengibar jalur gemilang,perarakan, dan riuh-rendah merdeka. Hakikatnya harus berakar teguh di dalam fikiran dan sanubari dengan kegigihan cinta akan tanah air.”

Abang Johari juga telah memuji pendekatan yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan Negara seperti mengadakan pameran, bahan bacaan, risalah-risalah, bahan penerbitan yang boleh menjadi sumber bahan bacaan kepada rakyat bagi mendalami maklumat sejarah kita pusat membelibelah. Selain tiu, program seperti ini juga dapat menjadi platform untuk rakyat berkumpul dan berkomunikasi di samping mendapatkan maklumat serta lain-lain perkhidmatan.

“Saya menyeru kepada semua untuk mengibarkan jalur gemilang dan mengukuhkan semangat cintakan negaa untuk menjadi sebuah negara yang komprehensif dan dinamik.”

Turut hadir dalam perasmian ini ialah Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Bandar Kuching Utara, Ketua Eksekutif Mydin, Ketua Masyarakat, dan dif-dif kehormat jemputan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here