Santubong Archaelogical Park dan Wallace Centre tarikan baharu di Santubong

0
199
Salah satu kawasan tapak projek berkenaan

KUCHING, 01 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Santubong bakal mempunyai satu lagi tempat menarik yang bakal dijadikan destinasi pelancongan apabila siapnya projek Santubong Archaelogical Park dan Wallace Centre kelak.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, projek ini akan menjadi salah satu pekan arkeologi atau tempat bersejarah apabila kemudahan-kemudahan tersebut siap dibangunkan, sekaligus menarik pengunjung mahupun pelancong datang ke Kuching.

“Kos keseluruhan projek ini menelan perbelanjaan sebanyak RM30 juta dan pembinaannya dijangka siap pada Februari 2021,” katanya semasa membuat lawatan ke tapak projek berkenaan.

Datuk Karim mendengar penjelasan berkenaan tapak projek itu.

Turut hadir mengiringi beliau Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Hii Chang Kee, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, Hal Ehwal Islam dan DBKU, Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Haji Junaidi serta Pemangku Pengarah Jabatan Muzium Negeri Sarawak, Tazudin Mohtar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here