More
    Home Perkhidmatan bas sekolah percuma bakal diperluas ke bandar-bandar lain-Ketua Menteri

    Perkhidmatan bas sekolah percuma bakal diperluas ke bandar-bandar lain-Ketua Menteri

    SIMANGGANG, 01 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia untuk meluaskan perkhidmatan bas sekolah percuma ke bandar-bandar lain termasuk Simanggang.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kebanyakan ibu-bapa sulit untuk membayar kadar tambang bas sekolah atas faktor kewangan mendapat perhatian kerajaan GPS.

    “Perkhidmatan ini telah diperkenalkan di bandar utama seperti Kuching dan kelak ia bakal diperluas ke bandar-bandar lain termasuk Simanggang.

    Perkhidmatan bas sekolah percuma akan diperluaskan ke bandar-bandar lain

    “Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan bas RM1 dengan tumpuan golongan yang memerlukan pengangkutan awam di kawasan bandar,” katanya ketika berucap semasa Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 2020 bertema Malaysia Prihatin di sini semalam.

    Turut hadir ke majlis Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...