More
    Home Gagal patuhi SOP 50 individu dikenakan kompaun

    Gagal patuhi SOP 50 individu dikenakan kompaun

    KUCHING, 02 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Sikap tidak endah akan pelaksanaan penjarakan sosial membawa padah kepada hampir 50 orang individu selepas dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa pada Isnin lalu.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa berkata, 50 individu telah dikenakan kompaun di Tebingan Kuching dan Sourabaya Ulu Petra Jaya semasa operasi SOP oleh pasukan khas polis di kawasan terbabit sempena Hari Kebangsaan ke-63.

    “Denda kompaun yang telah dikeluarkan hendaklah dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam tempoh 14 hari.

    amaran awal sudah diberi namun tetap gagal patuhi sop penjarakan sosial

    “Dari jumlah yang dikenakan kompaun itu, 35 darinya adalah lelaki manakala 15 lagi adalah wanita atas alasan tidak mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) penjarakan sosial di tempat orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pihak polis akan terus mempergiat membuat pemantauan sedemikian bagi membendung penularan Covid-19 yang telah menjadi pandemik terus berleluasa.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    ATC Kubong bakal dijadikan stesen pengeluaran hasil pertanian bermutu tinggi

    0
    LIMBANG, 20 JAJUARI 2021 (SNN) : Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah (MANRED) dalam kajian menambahbaik stesen-stesen pertanian atau Agriculture Training Centre...