More
    Home Ribuan Banjiri Masjid Darul Hana Bersama Ustaz Don

    Ribuan Banjiri Masjid Darul Hana Bersama Ustaz Don

    Kuching, 20 April 2019 (SNN)- Ribuan banjiri Masjid Darul Hana untuk bersama-sama dengan Ustaz Don. Ceramah Perdana oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di Masjid Darul Hana telah mendapat sambutan hebat dari wargakota Kuching. Setiap sudut ruang solat masjid telah dipenuhi sejak waktu Maghrib dan kali ini Ustaz Don menyampaikan ceramah dengan kupasan yang menarik dan panjang lebar tentang konsep Penghijrahan dalam Islam. Ceramah Perdana ini adalah acara terakhir dalam jadual Karnival Darul Hana 2019 dan ia bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Ke-3 Masjid Darul Hana.

    Sebelum ceramah berlangsung, orang ramai kelihatan telah memenuhi masjid seawal jam 6 petang untuk memastikan tidak ketinggalan mendengar ceramah yang diadakan bersempena Ulangtahun Ke-3 Masjid Darul Hana. Orang ramai yang hadir turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Masjid Darul Hana.  Turut hadir dalam majlis ceramah tersebut Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

    Ustaz Don Daniyal yang merupakan penceramah bebas, popular dengan rancangan televisyen 30 Minit Bersama Ustaz Don.Beliau yang merupakan lulusan Universiti Al Azhar Mesir kini turut berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

    Dr Abdul Rahman Junaidi menyambut kedatangan Ustaz Don sempena Ceramah Perdana  yang merupakan acara terakhir dalam jadual Karnival Darul Hana 2019 dan ia bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Ke-3 Masjid Darul Hana
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...