More
    Home Lain-lain Tidak perlu risau hantar anak ke taska dan tadika - Fatimah

    Tidak perlu risau hantar anak ke taska dan tadika – Fatimah

    KUCHING 3 JULAI 2020 (SNN) : Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ibu-bapa mesti yakin bahawa setiap taska dan tadika telah dinyahkuman dengan kerjasama pihak bomba sebagai usaha mencegah wabak covid-19 ini.

    “Kementeriannya membenarkan untuk menggunakan peruntukan Geran Tahunan Khas (GTK) sebanyak RM5,000 yang diberikan kepada taska dan tadika berdaftar, bagi membeli cecair pembasmi kuman, alat pemeriksa suhu, dan lain-lain keperluan untuk tujuan pencegahan,” katanya ketika melakukan lawatan ke Tadika Krista Taman Centurion 1 di Kuching pada khamis.

    Gambar (UKAS) : Amalan penjarakan sosial dipatuhi

    Beliau menambah, penggunaan sistem penggiliran antara dua kumpulan, dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Ujarnya lagi,pihak pengurusan boleh menggunakan kelas kosong untuk pengisian aktiviti lain bagi kanak-kanak lain supaya mereka tidak berada di ruang yang sama di tadika dan taska. Hal ini akan dibincang antara operator tadika dan ibu-bapa.-Sumber Ukas. Dilaporkan oleh Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...