More
    Home Rakan mangsa kes mayat yang dijumpai dalam bagasi ditahan bantu siasatan

    Rakan mangsa kes mayat yang dijumpai dalam bagasi ditahan bantu siasatan

    SIBU, 07 OKTOBER 2020 (SNN) : Dua suspek ditahan pihak polis untuk membantu siasatan kes mayat wanita yang ditemui terbaring di tepi jalan berhampiran sebuah bagasi di Jalan Aman, Sibu, semalam.

    Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, lelaki dan wanita masing-masing berusia 38 tahun itu merupakan kenalan mangsa dan berjaya ditahan di sebuah rumah di Jalan Tong Seng sekitar jam 2.30 petang semalam.

    “Pasukan perubatan Hospital Sibu yang menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam ketika ditemui.

    “Hasil siasatan awal mendapati tiada kesan luka yang nyata di bahagian tubuh mangsa namun bahagia muka dan leher didapati kehitaman dan ada lebam,” katanya dalam satu kenyataan.

    Mayat seorang wanita dijumpai selepas orang awam melihat sebuah bagasi yang mencurigakan

    Tambah beliau, pihak polis juga menjumpai dokumen iaitu dua helai kertas dalam tulisan bahasa Cina yang tertera nama dan nombor kad pengenalan mangsa yang menunjukkan alamat dengan kod negeri ’08’ dipercayai dari Perak.

    Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati mangsa ada beberapa rekod yang menjurus kepada maklumat dan tertangkapnya dua suspek berkenaan.

    Ujarnya, kedua-dua suspek itu didapati positif terlibat dalam kes ini dan akan direman bagi membantu siasatan dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...