Perkhidmatan awam perlu pandangan orang ramai tingkatkan kualiti perkhidmatan

0
35
Pelaksanaan kerja secara inovasi dan motivasi penting capai matlamat berkualiti-Jaul Samion

KUCHING, 06 OKTOBER 2020 (SNN) : Perkhidmatan awam perlu peka terhadap pandangan dan keluhan orang ramai dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion berkata, hal tersebut amat penting bagi semua warga kerja yang perlu berfikir secara kreatif dan inovatif serta berintegriti dalam melaksanakan tugas.

“Keluhan daripada rakyat serta pandangan mereka adalah amat penting dan sebagai pekerja dalam pekhidmatan awam perlu sentiasa peka dengan keadaan demikian.

“Saya berharap semua warga kerja di semua sektor awam atau jabatan untuk sentiasa berfikir secara kreatif, inovatif dan berintegriti dalam memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan,” katanya semasa hadir Hari Inovasi Jabatan Pertanian di Kuching, hari ini.

Beliau hadir disambut oleh pegawai di Jabatan Pertanian Kuching

Tambahnya, adalah menjadi keutamaan kita untuk terus mempergiat usaha dalam menyemarakkan lagi budaya inovasi bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan menjadi lebih tepat, cekap dan berkesan.-Sumber Ukas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here