More
    Home Sarawak Mukah Kawasan luar bandar akan terus dibangunkan dengan pelbagai kemudahan

    Kawasan luar bandar akan terus dibangunkan dengan pelbagai kemudahan

    MUKAH, 07 OKTOBER 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak akan terus membangunkan kawasan luar bandar dengan memperuntukkan dana-dan bagi melaksanakan pelbagai program pertanian dan projek rakyat kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan masing-masing.

    ADUN Tellian, Yussibnosh Balo berkata, usaha ini membuktikan kerajaan negeri serius untuk membangunkan negeri ini khususnya di kawasan luar bandar contohnya di kawasan Tellian sahaja kerajaan menyuntik dana sejumlah RM17.44 juta untuk bekalan air bersih di kawasan Ulu Mukah.

    “Kerajaan juga turut membantu golongan nelayan di negeri ini dengan menurunkan tukun-tukun tiruan untuk membantu menambah habitat serta pembiakan hidupan laut,” katanya semasa berucap di Program Agriculture Community Extension Programme (AgriCOP) DUN Tellian, di Kampung Petanak, Mukah pada Selasa.

    ADUN Tellian bergambar bersama para peserta di Dewan Komuniti, Kg Petanak, Mukah.

    Ujarnya, beliau menyeru agar penduduk setempat untuk memanfaatkan ilmu daripada program tersebut dengan mengaplikasikannya di kawasan masing-masing.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...