More
    Home Sarawak Betong Pusat Penjaja Kampung Nyabor Bernilai RM500K Buktikan Komitmen Kerajaan Negeri Sarawak Bantu...

    Pusat Penjaja Kampung Nyabor Bernilai RM500K Buktikan Komitmen Kerajaan Negeri Sarawak Bantu Masyarakat Luar Bandar

    KABONG, 25 Mac 2019 (SNN) –  Pusat Penjaja Kampung Nyabor Bernilai RM500,000 buktikan komitmen Kerajaan Negeri Sarawak membantu masyarakat luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kabong, Mohd Chee Kadir berkata pusat penjaja Kampung Nyabor bakal berwajah baharu apabila kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi membina sebuah pusat penjaja di sini.

    Mohd Chee Kadir berkata penduduk serta penjaja kecil di sekitar Kampung Nyabor di sini sangat memerlukan tempat untuk berniaga yang luas dan selesa.

    “Sebab itu, saya terus berusaha mendapatkan peruntukan bagi membinanya. Syukur Alhamdulillah, atas keperihatihan dan perhatian daripada Ketua Menteri kita akan bakal mempunyai pusat penjaja di Kampung Nyabor ini tidak lama lagi,” ujarnya semasa melakukan tinjuan pembinaan pusat penjaja dekat sini semalam.

    “Lawatan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada tahun lalu, telah membawa ‘buah tangan’ kepada penduduk Kampung Nyabor apabila beliau mengumumkan akan meluluskan peruntukan bagi membina sebuah pusat penjaja baharu yang sistematik kepada penduduk Nyabor,” katanya.

    Beliau menambah lagi , projek pembinaan pusat penjaja Kampung Nyabor ini membuktikan bahawa komitmen kerajaan negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk membawa transformasi ke kawasan luar bandar.

    “Saya percaya, dengan siapnya sebuah pusat penjaja ini nanti akan membawa manfaat yang besar kepada penduduk serta penjaja untuk memasarkan produk keluaran, hasil pertanian, perikanan dan jualan mereka yang lain dalam keadaan selesa dan luas,” kata Mohd Chee Kadir.

    Sehubungan dengan itu, dengan terbinanya pusat penjaja Kampung  Nyabor itu kelak para peniaga tidak lagi berhadapan masalah ketika menjual barangan masing-masing.

    Justeru jelasnya, sokongan berterusan daripada rakyat kawasan DUN Kabong kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan membolehkan lebih banyak lagi peruntukan dari Kerajaan Negeri untuk membangunkan Daerah Kabong dari semasa ke semasa.

    “Oleh itu, kita minta rakyat khususnya penduduk di kawasani ini bersabar dengan pembangunan yang sedang kerajaan rancang,” katanya.

    Kini, impian penduduk Kampung Nyabor untuk melihat sebuah pusat penjaja berwajah baharu disini telah menjadi kenyataan, apabila pembinaannya kini sedang rancak dilaksanakan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...