More
    Home Lain-lain Muhammad Hafiz, Pelajar Malaysia Meninggal Dunia di London

    Muhammad Hafiz, Pelajar Malaysia Meninggal Dunia di London

    Putrajaya, 26 Mac 2019 (SNN) – Muhammad Hafiz Zainal pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang kimia disahkan meninggal dunia di London semalam. Dalam kenyataannya hari ini, JPA berkata pihaknya telah menghubungi dan menziarahi keluarga pelajar terbabit serta menguruskan pemergian mereka ke London, yang dijangka berlepas esok.

    Muhammad Hafiz Zainal, 23 tahun yang meninggal dunia di Hyde Park, London tersebut adalah merupakan pelajar tajaan JPA di Imperial College London (ICL) sejak 2015. Laporan berita dailymail.com.uk menyebut mayat seorang lelaki ditemui dalam tasik di Hyde Park pada 25 Mac 2019 dan polis menyifatkan kes itu sebagai kematian yang tidak dapat dijelaskan puncanya.

    Muhammad Hafiz Zainal merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, dan merupakan anak kepada pengarang Bersekutu Malay Mail, Zainal Epi. Memetik laporan Bernama hari ini, Zainal mengesahkan mengenai anak bongsunya, yang dikenal pasti berdasarkan kad pelajar yang ditemui pada Allahyarham.

    Zainal berkata, beliau menerima perkhabaran tersebut daripada pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London awal pagi hari ini. Katanya, beliau tidak mempunyai maklumat terperinci berhubung kematian anaknya kecuali dimaklumkan tentang penemuan mayat dalam tasik. Tambahnya lagi jenazah Muhammad Hafiz akan dikebumikan di London.

    Pejabat Penasihat Latihan (PPL) JPA di London dengan kerjasama pihak Konsular Suruhanjaya Tinggi Malaysia London akan membantu dari segi urusan keluarga dan pengurusan jenazah pelajar berkenaan. Dalam masa yang sama, pihak JPA juga memohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan arwah dan keluarganya diberikan kesejahteraan dan ketenangan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...