FSGK UNIMAS Anjur FACA Open Day 2019

0
283
Pelbagai aktiviti sempena Minggu FACA Open Day 2019 yang akan berlangsung pada 6 - 11 Mei 2019 (Isnin-Sabtu)

Kota Samarahan, 29 April 2019 (SNN)– Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) akan mengadakan FACA Open Day 2019 bermula pada 06 Mei 2019 hingga 11 Mei 2019. Penganjuran FACA Open Day kali ini akan diadakan di Student Lounge, Tingkat G, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) , UNIMAS.

Penganjuran FACA Open Day 2019 adalah julung kalinya diadakan pada tahun  ini untuk memperkenalkan dengan lebih dekat lagi peluang-peluang pengajian, penyelidikan dan kolaborasi yang disediakan oleh fakulti kepada masyarakat luar dan pihak berkepentingan.

Acara utama penganjuran pertama Minggu FACA Open Day 2019 ini ialah Research Showcase, bertujuan memperkenalkan projek penyelidikan dan produk yang berpotensi untuk dikormesialkan hasil daripada penyelidikan para akademik dan pelajar Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK). Projek penyelidikan yang akan dipamerkan meliputi pelbagai bidang daripada Seni Halus, Teknologi Senireka, Muzik, Filem, Drama & Teater serta Pengurusan Seni.

Pelbagai aktiviti menarik lain  juga  turut diadakan termasuk Career Talk daripada pihak industri seperti Aureus Group Pte Ltd. (Singapore), Sarawak Media Group (SMG) dan Les Copaque Production (Produksi Filem Animasi – Upin Ipin Keris Siamang Tunggal) serta pameran dan jualan karya-karya seni kreatif oleh pelajar tahun akhir FSGK bersempena Minggu CIPTA 2019 yang juga diadakan serentak dengan FACA Open Day 2019.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah  dijemput untuk memeriahkan  Minggu  FACA Open Day 2019  yang akan berlangsung pada 6 – 11 Mei 2019 (Isnin-Sabtu). Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berkenaan FACA Open Day 2019, sila berhubung dengan Saudari Nashila Japeri di talian 019-9499528.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here