Projek RTP Padang Futsal Kampung Bako Hulu Bernilai RM200,000 Siap Dibina

0
268
Dr Hazland semasa Majlis Perasmian Padang Futsal Kampung Bako Hulu

KUCHING, 14 Julai 2019 (SNN)- Penantian belia di Kampung Bako Hulu akhirnya tercapai apabila Padang Futsal Kampung Bako Hulu siap dan telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni di sini, pagi tadi.

Dalam ucapannya, Dr Hazland berkata padang futsal ini merupakan Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Demak Laut pada 2018 yang bernilai RM200,000.

“Alhamdulilah, padang futsal Kampung Bako Hulu kini akan dirasmikan dan akan digunakan sepenuhnya belia dan anak-anak muda di sini. Padang futsal ini mula dibina pada Disember 2018 dan siap dalam tempoh enam bulan”.

“Ianya dilengkapi dengan lampu yang boleh dimain pada waktu malam, dibina pagar bagi tujuan keselamatan dan sebuah rumah kecil yang dibina tandas dan bilik persalinan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Padang Futsal Kampung Bako Hulu dan Pertandingan Futsal 2019 Kampung Bako Hulu di sini.

Tambah Dr Hazland lagi, beliau berharap suatu hari nanti akan ada lahirnya pemain futsal atau bola sepak dari Kampung Bako Hulu yang akan mewakili negeri dan negara.

“Saya berharap agar suatu hari nanti ada belia dari Kampung Bako Hulu yang akan mewakili negeri dan negara.

“Ini telah kita buktikan apabila ada beberapa atlet sukan yang mewakili negara di sukan peringkat negeri dan antarabangsa datangnya dari Kampung Bako Hulu ini,” tambahnya.

Dr Hazland turut sama merasmikan Pertandingan Futsal 2019 Kampung Bako Hulu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here