60 Buah Rumah Dibaikpulih Di DUN Pantai Damai Setiap Tahun

0
447
Dr Abdul Rahman semasa melawat salah sebuah rumah yang dibaikpulih di kawasan DUN Pantai Damai

KUCHING, 14 Julai 2019 (SNN)- Sebanyak 60 buah rumah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai disasarkan untuk dibaikpulih dalam tempoh setahun.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sebanyak RM1 juta diperuntukkan setiap tahun menerusi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk kerja baikpulih tersebut.

“Ini bermakna projek ini dibangunkan secara berterusan. Kita berharap dapat membaikpulih lebih banyak rumah pada masa akan datang.

“Kita juga akan pastikan setiap kampung menerima satu atau dua projek baikpulih rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat rumah baik pulih DUN Pantai Damai bagi Zon Telaga Air di sini, hari ini.

Mengenai lawatan rumah baikpulih, Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Pantai Damai berkata, sebanyak 10 buah rumah dilawati di Zon Telaga Air.

Antara struktur yang dibaiki ialah atap, siling, dinding, lantai, pintu, tingkap, bilik air dan bilik mandi.

“Kita telah melantik kontraktor tempatan di kampung yang terlibat untuk membaikpulih rumah.

“Kita bersyukur kerana kesemua rumah siap dalam masa ditetapkan,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman melekat papan tanda salah sebuah rumah yang siap dibaikpulih di Zon Telaga Air
Sebuah lagi rumah yang telah siap baikpulih mendapat lawatan daripada Dr Abdul Rahman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here