Bakal Jemaah Haji Diraikan Di Masjid Darul Hana

0
280
Dr Abdul Rahman bergambar bersama bakal jemaah haji Darul Hana

KUCHING, 13 Julai 2019 (SNN)- Seramai 17 bakal jemaah haji Darul Hana menghadiri Majlis Doa Selamat dan Al-Wida’ Bagi Bakal Jemaah Haji Darul Hana di Masjid Darul Hana malam tadi.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, majlis tersebut adalah acara tahunan untuk bakal jemaah haji Darul Hana. Menurutnya, sejak penubuhan Tabung Haji, pengurusan jemaah haji dari Malaysia dilaksanakan dengan begitu sistematik.

“Jarang kita mendengar berita negatif melibatkan jemaah haji Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Pantai Damai menggesa bakal jemaah haji Darul Hana supaya melakukan setiap ibadah dengan baik dan teratur.”Menunaikan haji merupakan satu bentuk tanggungjawab yang mencabar. Bakal jemaah haji harus mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental bagi memudahkan pelaksanaan setiap ibadah,” ujarnya.

Mengulas mengenai Masjid Darul Hana, Dr Abdul Rahman berkata, masjid tersebut kini menjadi tumpuan kerana sering digunakan untuk penganjuran pelbagai aktiviti. “Tabung Haji turut memilih masjid ini sebagai lokasi Kursus Haji Perdana. Ia adalah antara usaha untuk mengimarahkan masjid ini,” jelasnya.

Bakal jemaah haji Darul Hana pada majlis tersebut menerima sumbangan dari PELITA dan Dr Abdul Rahman. Sebelum itu tazkirah tentang ibadah haji telah disampaikan oleh Ustaz Ramzen Ambi dari Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching.

Bakal jemaah haji Darul Hana pada majlis tersebut menerima sumbangan dari PELITA dan Dr Abdul Rahman
Dr Abdul Rahman menyampaikan sumbangan dari ADUN Pantai Damai dan juga pihak PELITA kepada bakal jemaah haji Darul Hana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here