More
    Home Sarawak Mukah Projek pembinaan jambatan Igan, penduduk sambut baik usaha kerajaan negeri

    Projek pembinaan jambatan Igan, penduduk sambut baik usaha kerajaan negeri

    MATU, 26 JULAI 2020 (SNN) : Kerajaan negeri telah meluluskan projek pembinaan Jambatan Sungai Igan yang bakal memberi manfaat besar kepada penduduk kawasan itu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato Murshid Diraja Haji Juanda Haji Jaya berkata, pembinaan jambatan Igan sememangnya amat dinantikan oleh penduduk kampung dan para pengguna di kawasan pesisir.

    “Kami berbangga atas usaha kerajaan negeri yang segera meluluskan serta melaksanakan projek tersebut yang telah ditunggu oleh penduduk kampung dan para pengguna jalan raya khususnya kawasan Bahagian Mukah dan Daerah Matu.

    “Batang Igan merupakan sungai yang agar besar dan memerlukan pembinaan jambatan yang cukup panjang dan perasmian pembinannya nanti akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak dalam masa terdekat,” katanya ketika hadir menyaksikan penyerahan tapak pembinaan jambatan itu pada Jumaat.

    ADUN Jemoreng hadir merasmikan gelanggang sepak takraw.-Sumber Ukas

    Terdahulu, ADUN Jemoreng turut hadir bersama Pejabat Daerah Matu di mana beliau telah merasmikan gelanggang sepak takraw Igan dan Bangunan JKKK Kampung Pulau Igan.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...