More
    Home Ketat semula SOP susulan peningkatan kes Covid-19 -Ismail Sabri

    Ketat semula SOP susulan peningkatan kes Covid-19 -Ismail Sabri

    KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2020 (SNN) : Kerajaan Persekutuan hari ini bersetuju untuk mengetatkan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) secara dasar berkait dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan susulan peningkatan kes Covid-19 kebelakangan ini.

    Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut secara dasarnya dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini.

    “Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan ia akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini,” katanya pada sidang media perkembangan PKPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.-BERNAMA. Nizal

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...