More
    Home PKPP-Pergerakan antara bahagian tidak digalakkan

    PKPP-Pergerakan antara bahagian tidak digalakkan

    KUCHING, 25 JULAI 2020 (SNN) : Berikutan kes positif Covid-19 di Bahagian Kuching dan Kota Samarahan semakin meningkat, pergerakan antara bahagian tidak digalakkan kecuali bagi pergerakan orang awam di antara Bahagian hanya dibenarkan bagi kes-kes seperti menjalankan tugas rasmi, pekerja perkhidmatan penting, kematian ahli keluarga, ahli keluarga sakit tenat dan keperluan pemeriksaan kesihatan.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas berkata, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengadakan mesyuarat hari ini.

    Antara lain perkara yang turut di putuskan semasa mesyuarat adalah berkenaan kemasukan dari luar negara ke Sarawak. Semua warga Sarawak yang balik dari luar negara, menggunakan pesawat dan transit di Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah, Brunei atau Singapura diwajibkan menjalani kuarantin di destinasi terakhir selama 14 hari.

    Dimaklumkan juga perluasan penangguhan pembukaan semula sesi persekolahan bagi Daerah Padawan adalah SJK Chung Hua, Siburan melibatkan Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Bagi kelas Prasekolah, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa. Pengangguhan tersebut adalah sehingga 03 Ogos 2020.

    Pendaftaran pelajar UNIMAS bagi program Pra Univerisiti turut ditangguhkan setelah JPBN Sarawak berbincang dengan pihak UNIMAS sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

    JPBN Sarawak turut menjelaskan bahawa bermula 01 Ogos 2020, penggunaan topeng penutup muka adalah diwajibkan di tempat awam, dalam pengangkutan awam, pusat beli belah, market, kedai makan dan kedai runcit.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...