More
    Home Projek pembesaran Kampung Kupang, Saratok dilaksana secara berperingkat

    Projek pembesaran Kampung Kupang, Saratok dilaksana secara berperingkat

    KUCHING, 12 NOVEMBER 2020 (SNN) : Kerajaan Negeri Sarawak dalam perancangan untuk membangunkan Kampung Kupang, Saratok di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) secara berperingkat.

    Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, SPK ini akan dibangunkan dengan 507 buah lot kediaman dan pengagihan lot-lot itu akan dimulakan sejurus kerja-kerja insfrastruktur dan utiliti siap.

    “Sebanyak dua projek SPK telah dikemukakan untuk kelulusan pelaksanaan di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di DUN Kalaka iaitu SPK Kupang dan SPK Baru Saratok,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Abdul Wahab Aziz dalam Persidangan Hari Ketiga, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima DUN Sarawak Ke-18, semalam.

    ADUN Kalaka mengajukan soalan itu bagi mendapat penjelasan status projek SPK yang akan dilaksanakan

    Tambah beliau, bagi fasa pertama sebanyak 134 lot kediaman akan dibina bagi SPK Kupang dan 130 Lot bagi SPK Baru Saratok.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...