More
    Home 14 kes positif Covid-19 direkodkan di Kuching hari ini

    14 kes positif Covid-19 direkodkan di Kuching hari ini

    KUCHING, 11 NOVEMBER 2020 (SNN) : Daerah Kuching hari ini mencatatkan 14 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif meningkat kepada 1,011 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan menjelaskan ke semua kes positif adalah jangkitan tempatan berkait dengan kontak rapat kes positif sebelum ini.

    Daripada jumlah itu, 12 kes merupakan saringan daripada kontak rapat yang menjalani ujian saringan di fasiliti kesihatan kerajaan, swasta dan makmal perubatan di Bandaraya Kuching.

    Manakala dua kes lagi adalah ujian saringan kendiri yang merupakan pekerja di sebuah syarikat pengedar bateri dan seorang lagi adalah individu disaring akibat mempunyai gejala jangkitan covid-19.

    Kenyataan media harian JPBN Sarawak

    Hari ini sebanyak 43 kes yang telah pulih dan discaj dari wad pengasingan Hospital Umum Sarawak dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...